Koperasi Warisan Keluarga Othman Kuala Terengganu Berhad merupakan sebuah koperasi keluarga yang telah ditubuhkan sejak 11 Febuari 2013. Penubuhan koperasi ini merupakan suatu inisiatif anak-anak kepada Allahyarham Hj. Othman bin Jusoh dan Pn. Hajah Hafsah binti Abdul Rahman yang melihat koperasi keluarga sebagai entiti perniagaan yang mampu menyatukan keluarga dan generasi mereka.
Koperasi ini turut dikenali dengan nama KOWAMAN, telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 01 April 2013 di bawah Akta Koperasi 1993.
Penubuhan KOWAMAN secara khususnya bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi golongan sasar iaitu anggota keluarga daripada keturunan Allahyarham Hj. Othman dan Pn. Hajah Hafsah serta masyarakat setempat